Selamat Datang ke Laman Web Pesila

PESILA adalah Persatuan yang ditubuhkan untuk menjadi payung bagi masyarakat keturunan Siam Kelantan yang tinggal dan bekerja di Lembah Kelang sebagai landasan untuk mengeratkan lagi silaturahim antara satu sama lain bagi menghadapi cabaran alaf akan datang.

Matlamat Pesila

Rasional Penubuhan
  • Betapa pentingnya penubuhan sebuah organisasi bagi masyarakat keturunan Siam Kelantan yang tinggal dan bekerja  di Lembah  Kelang sebagai landasan untuk mengeratkan lagi silaturahim antara satu sama lain bagi menghadapi cabaran alaf akan datang.
  • Masyarakat keturunan Siam Kelantan tidak seharusnya ketinggalan dalam memberi sumbangan atau berkerjasama, sama ada berbentuk tenaga atau akal fikiran untuk merealisasikan pelbagai bentuk usaha kemasyarakatan
  • Dengan adanya organisasi seperti yang dicadangkan ini juga diharapkan dapat menyediakan landasan yang sewajarnya kepada generasi baru agar tidak melupakan akar umbi seni budaya sebagai peranakan Siam di Malaysia.
  • Masyarakat keturunan Siam juga seharusnya membentuk dan membina reformasi minda, menerima pelbagai macam bentuk pembangunan serta teknologi dengan rasional serta sistematik tanpa menggangu gugat cara hidup dan adat budaya lain.
  • Masyarakat keturunan Siam di Malaysia harus teguh bergerak seiring dengan masyarakat lain di negara ini dalam memperjuangkan citi-cita negara.


Matlamat



Melahirkan masyarakat Siam yang berakhlak mulia, berwawasan dan berkesedaran nasional sebagai warganegara Malaysia yang mendukung Prinsip Rukunegara, ajaran agama dan nilai-nilai murni masyarakat.

Memelihara adat resam,kesenian dan budaya bangsa agar tidak pupus oleh peredaran zaman.

Mengembalikan tradisi pengusaan bahasa ibunda di kalangan generasi muda Siam tanpa menjejaskan semangat kecintaan terhadap Bahasa Kebangsaan.

Membina masyarakat yang hidup bersatu padu dan berkerjasama demi kesejahteraan dan keharmonian keluarga, bangsa dan negara.

Memberi khidmat sosial dan kebajikan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.


Keahlian

  (klik untuk borang keahlian)


Ahli penuh:

Semua keturunan Siam Kelantan (sama ada dari sebelah bapa atau ibu) warganegara Malaysia yang mengamalkan budaya siam sebagai cara hidup, berumur 18 tahun ke atas dan beragama Buddha yang tinggal atau bekerja di Kuala Lumpur dan Selangor Darul Ehsan.


Ahli Bersekutu :
Terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang bermastautin atau bekerja di Kuala Lumpur dan Selangor Darul Ehsan, berumur 18 tahun ke atas dan beragama Buddha.

" Dunia akan selamat sekiranya manusia tahu membalas budi" -Acarn Buddhathat Bhikhu